|
Zikir menurut Al-Quran dan Al-Hadith
Pengarang: Doktor Abdul Halim Mahmud Penterjemah: Mohamed Yusoff Fauzi 212 Mukasurat
ISBN: 983-9111-34-5 Harga : RM 10.00 Sinopsis Buku ini memaparkan Zikir dan fadhilatnya menurut huraian di dalam Al-Quran dan Al-Hadith. Buki sajian zikir ini mengandungi tiga bab iaitu Menuju ke Pangkuan Zikir, Fadhilat dan Kelebihan Zikir dan Bentuk-Bentuk dan Lafaz-Lafaz Zikir yang mana ianya amat berguna kepada para pecinta keheningan jiwa serta para pembekal ke alam akhirat di dalam proses meningkatkan taqwa kepada Allah s.w.t, iaitu kecintaan tulin yang kekal abadi.
|
|
|
Inilah Islam
Pengarang : Al-Marhum Syed Qutub Terjemahan : Ismail Bin Mohd Hasan 118 Mukasurat
ISBN : 983-9111-69-8 Harga : RM 6.00 Sinopsis
Buku ini adalah antara mutiara-mutiara warisan Al-Marhum yang menekankan tentang peri pentingnya Manjah Ilahi atau Manhaj Islami dihayati semula oleh generasi-generasi baru umat Islam agar kedudukan Islam di puncak yang paling tinggi dapat direbut kembali.
|
|
|
Sinaran Cahaya Daripada Rasulullah S.A.W
Pengarang: Prof. Muhammad Qutb Penterjemah: Hasnan Bin Kasan 131 Mukasurat ISBN : 983-2130-11-5 Harga : RM 7.00 Sinopsis Buku ini merupakan hadis pilihan pengarang yang dirasakan amat perlu difahami oleh umat Islam. Di dalam buku ini telah menghuraikan dalam bentuk yang hidup dan realiti. Ketika para pembaca membaca buku ini dengan cara menjiwainya maka para pembaca akan mendapati sesuatu yang amat berharga untuk kehidupan di dunia dan akhirat. Huraiannya yang semasa dan hidup menjadikan buku ini perlu dibaca dan dihayati oleh setiap umat Islam.
|
|
|
Pengasasan dan Pengembangan Mazhab Syafie
Pengarang: Muhammad Abu Zaharah Penterjemah: Dr. Kassim Mat Salleh 379 Mukasurat
ISBN: 983-9111-57-4 Harga : RM 16.00 Sinopsis Buku yang mengkaji sejarah hidup Syafi’I, faktor pembentukan peribadinya di peringkat awal dan suasana semasa yang diadunkan dengan bakat kurniaan Allah kepadanya. Selain daripada menceritakan sejarah hidup Syafi’I dan pertaliannya dengan zaman itu, juga tentant pendapatnya mengenai akidah, kerajaan Silam, kepimpinan semasa dan diiringi pula dengan pandangannya secara ringkas tetapi jelas. Selepas itu, diterangkan pula pengaruh Syafi’I yang besar, iaitu fikahnya dan inilah sasaran yang sebenar dalam kajian ini.
|
|

Akhlak Muslim Pengarang : Muhammad Al-Ghazali Terjemahan : Ismail bin Mohd. Hassan.
391 Mukasurat
ISBN: 983-9111-81-7. Harga : RM 14.00 Sinopsis Ayat-ayat suci dan hadis-hadis Nabawi yang diperturunkan dilembaran-lembaran buku ini adalah memimpin setiap muslim untuk melengkapkan dirinya dengan tingkah laku dan budi pekerti yang luhur menjadikan agamanya sempurna dan dengan segala budi pekerti yang mulia itu seseorang Islam dapat mencapai sentosa di dunia dan bahagia di akhirat
|
|
Sepuluh Kisah dari Al-Quran.
Pengarang: Ibrahim ‘Azuz Penterjemah : Norasiminah binti Mohammad. 220 Mukasurat
ISBN:983-9111-66-3. Harga: RM 10.00 Sinopsis Sepuluh kisah yang tersaji dalam buku ini adalah antara kisah-kisah yang terdapat di dalam al-Quran. Kisah-kisah ini dapat memberi kesedaran dan keinsafan kepada mereka yang menghayatinya. Di dalamnya terbentang kisah-kisah mengenai kesabaran dan ketaatan atau kisah-kisah keingkaran yang menyebabkan kemurkaan Allah.
Antara Isi kandungannya:
Kisah Pertama : Ashabul Kahfi Kisah Kedua : Akibat Tidak Sabar Kisah Ketiga : Yahuza dan Qutrusy Kisah Keempat : Qarun Hamba Harta Kisah Kelima : Tragedi di Najran Kisah Keenam : Raja Zulkarnain Kisah Ketujuh : Talut dan Pasukan Tenteranya Kisah Kelapan : Gara-Gara Tamak Kisah Kesembilan : Tentera Bergajah Kisah Kesepuluh : Aad dan Thamud
|
|
|
<< Mula < Kembali 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Berikut > Akhir >>
|
| Keputusan 115 - 120 daripada 123 |