|
Keberkatan Rezeki Menurut Al-Quran dan Al-Sunnah.
Pengarang : Dr. Abdullah Marhul Al-Sawalimah. 114 Mukasurat Harga : RM 22.00 Sinopsis Perbincangan dalam buku ini didapati sangat berguna kepada semua lapisan masyarakat, bagi menggilap semula atau memantapkan lagi kefahaman tentang konsep “rezeki” dan makna “berkat”. Lebih lanjut lagi, kita akan dapat menjejaki satu persatu faktor-faktor utama yang menyumbang kepada keberkatan rezeki menurut panduan Al-Quran dan Al-Sunnah serta pendapat ulama yang berwibawa dalam ilmu-ilmu wahyu.
Faktor-faktor ini bermula dari :
· Pertama : Bertakwa kepada Allah S.W.T dan mendampingkan diri kepada-Nya dengan amalan kebajikan. · Kedua : Bertawakkal kepada Allah S.W.T tanpa meninggalkan ikhtiar. · Ketiga : Membaca bismillah (basmalah) dalam segala keadaan. · Keempat : Berzikir dan berdoa. · Kelima : Bersyukur dan memuji Allah S.W.T · Keenam : Bertaubat dan beristigfar · Ketujuh : Berusaha mencari rezeki dengan cara yang diharuskan oleh syarak. · Kelapan : Reda dengan kurniaan Allah S.W.T · Kesembilan : Berjimat cermat dalam kehidupan. · Kesepuluh : Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W. Setiap manusia sama ada mereka insaf serta bersyukur ataupun tidak, pada hakikatnya dikurniakan Allah nikmat rezeki masing-masing dengan kadar tertentu yang berbeza antara seorang dengan yang lain. Demikian juga berlainan dari segi nilai atau dimensi keberkatannya. Oleh itu, adalah penting bagi setiap Muslim di samping bertungkus-lumus mengejar matabenda, juga perlu peka dengan faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada keberkatan rezeki itu.
|