Pendidikan

  • PENGENALAN

    1. Konsep SRAYIT ini adalah satu TRANSFORMASI kurikulum yang menggabungkan Kurikulum sedia ada iaitu KSSR dengan Kurikulum Diniah. Transformasi kurikulum ini mengekalkan          matlamat asal KSSR untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani dan penguasaan asas 4 M tetapi diberi nilai tambah dengan hafazan Al-Quran dan ilmu-ilmu Islam seperti tauhid, fekah, sirah, hadith dan akhlak. 
    2. Di akhirnya SRAYIT bakal melahirkan murid-murid yang berkebolehan menghafaz surah-surah terpilih dan mamahami ilmu ilmu Islam   selain daripada penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai nilai yang relevan untuk menghadapi cabaran di abad ke-21.

     

    LATAR BELAKANG

    1. Penubuhan Sekolah Rendah Agama Yayasan Islam Terengganu adalah sebagai kesinambungan (continuous learning) kepada penghafalan Al-Quran dari peringkat Prasekolah (Pintar Al-Quran) ke peringkat rendah dan seterusnya menjadi pemangkin kepada Sekolah Menengah Imtiaz.
    2. Penubuhan SRAYIT dapat memenuhi hasrat ibu bapa dan masyarakat supaya anak-anak mereka mendapat pendidikan agama secara formal ke  arah pembentukan generasi ilmuan yang bertaqwa, berketrampilan dan beriman.
    3. Penubuhan sekolah Islam swasta tumbuh seperti cendawan bermula pada tahun 1990an, membuktikan kecenderungan yang tinggi daripada ibu bapa untuk mendapatkan pendedahan pendidikan agama Islam secara lebih formal.
    4. Kejayaan YIT telah terbukti apabila mampu melahirkan murid berumur 5 dan 6 tahun yang mampu menghafal surah-surah lazim dan dapat membaca Al-Quran dengan baik.

     

    MATLAMAT PENUBUHAN

    1. Melahirkan Insan Rabbani, beriman, berakhlak kamil dan syamil dan berilmu melalui sistem pendidikan yang seimbang.
    2. Membentuk generasi qurani yang mampu menguasai ilmu-ilmu asas dalam Islam.
    3. Meletakkan asas model pendidikan Islam yang berdaya maju dan relevan dengan kehidupan masyarakat dan bersedia menghadapi kehidupan sebagai seorang mukallaf.
    4. Penyerapan dan gabung jalin antara pendidikan arus perdana dan pendidikan yang menekankan ilmu-ilmu fardu ain dan hafazan.

     

    FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH AGAMA ISLAM

    1. Memberi pendidikan yang berteraskan TAUHID bagi melahirkan Insan rabbani, berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta mampu membentuk kehidupan diri sebagaimana tuntutan agama Islam melalui sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu dan berterusan.

     

    KURIKULUM

    • Kurikulum  Standard  Sekolah Rendah ( KSSR)  Matapelajaran  KSSR;
       
      • Bahasa Melayu
      • Matematik
      • Bahasa Inggeris
      • Dunia Sains & Teknologi
      • Pendidikan Islam
      • Pendidikan Moral
      • Pendidikan Seni Visual
      • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
      • Dunia Muzik
      • Bahasa Arab

    • Kurikulum Hafazan

      • Menghafaz surah-surah terpilih.

    • Kurikulum Dinniah

      • Subjek Dinniah;

        • Hafazan
        • Fiqah
        • Tauhid
        • Bahasa Arab
        • Sirah
        • Jawi
        • Tajwid

     

    • Pengisian Kurikulum Diniah ;

      • Membaca, memahami dan menghargai kandungan Al-Quran serta menghafal ayat-ayat yang berkaitan dengan kehidupan seharian.
      • Meningkatkan keimanan dan memahami konsep Tauhid seperti yang diamalkan dalam kehidupan seharian.
      • Menguatkan dan membentuk latihan Islam melalui amalan kehidupan seharian dan ibadat.
      • Mengenal dan menghargai kandungan kata-kata Nabi Muhammad SAW.
      • Memahami konsep khidmat agama dan mengamalkannya dengan cara yang sepatutnya.
      • Memahami dan menerima ajaran dan teladan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.
©Hakcipta Terpelihara2018 YAYASAN ISLAM TERENGGANU Dibangun dan diselenggara oleh Webmaster YIT.

Di Kemaskini Pada : 02/05/2018