Popular

  • Senarai cadangan yang dipaparkan ini adalah cadangan orang awam yang telah dikemukan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Yayasan Islam Terengganu. Setiap tindakan telah diambil tindakan akan dipaparkan diruangan ini. Terima kasih di atas sokongan anda.

     No.   Pengguna   Pendapat/Cadangan/Pertanyaan   Tindakan/Maklum Balas
    1. Benuadunia   Longkang Amat Kotor dan tersumbat,banyak pembiakan nyamuk, tolong ambik tindakan 

     Merujuk kepada Pengaduan Awam bertarikh 11 Januari 2016, mengenai persekitaran Tadika Yayasan Islam Terengganu Cawangan Kuala Terengganu yang kottor dan boleh  menyebabkan tempat pembiakan nyamuk aedes. Untuk makluman, sebelum aduan di terima, pihak Pengurusan Yayasan Islam Terengganu melalui Unit Prasekolah Yayasan Islam  Terengganu telah merancang dan meluluskan Program gotong royong yang telah diadakan pada 16 Januari 2016 ( hari Sabtu ) yang melibatkan semua Pembantu Rendah Awam  Tadika di Daerah Kuala Terengganu dan Daerah Kuala Nerus, juga melibatkan penggunaan sebuah mesin case. Hasil dari gotong royong tersebut kawasan Tadika YIT Cawangan  Kuala Terengganu telah bersih dan semua longkang-longkang telah mengalir dengan baik. Program gotong royongini juga akan diadakan di seluruh Tadika Yayasan Islam  Terengganu di Negeri Terengganu, yang akan elibatkan kerjasama beberapa jabatan lain seperti Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Majlis Daerah, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan  Bomba mulai pertengahan bulan Januari 2016.

     Sekian, terima kasih.

     GAMBAR GOTONG ROYONG 1 GAMBAR GOTONG ROYONG 2

    2.

    Nordin bin Mohd Noor

    Mohon maklumat kemasukan ke Pusat Pengajian Al Quran yang bertempat di Jalan Hiliran (sebelah Masjid Hiliran)

    Assalamualaikum,

     Tuan yang dihormati, semoga berada di dalam rahmat Allah s.w.t.

     Berikut adalah maklumat berkenaan Pusat Pengajian Al-Quran & Fardhu Ain

    ( PAFA ) Hiliran yang terletak dibawah kelolaan Yayasan Islam

    Terengganu.

     PAFA mempunyai 10 buah kelas yang merangkumi dua sesi pembelajaran iaitu

     1)Sabtu, Ahad & Isnin ( 5 kelas)

    2)Selasa, Rabu & Khamis ( 5 kelas )

     Jumlah pelajar yang ada sekarang 140 lelaki dan 130 perempuan. Manakala guru pula seramai 10 orang.

     Yuran dan pendaftaran sebagaimana berikut :

     1)Yuran          : RM 15.00 (sebulan )

    2)Pendaftaran    : RM 25.00 ( sekali sahaja )

     

    Bagi pendaftaran Tahun 1 ,kebiasaannya dibuka pada bulan Oktober,

    Walaubagaimanapun pada tahun 2018, pendaftaran Tahun 1 akan dibuka pada

    bulan Julai. Untuk pelajar selain Tahun 1,  bergantunga kepada

    kekosongan yang ada kerana  kebiasaannya pelajar yang mendaftar tahun 1 

    akan terus menyambung belajar disitu.

     

    Pendaftarab boleh dibuat dengan mengisi borang  di PAFA Hiliran .

     

    Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan PAFA Hiliran di talian

    09-6221797.

     Sekian, terima kasih

  • Maaf..tiada kekosongan jawatan buat masa ini. Sekian Terima Kasih

  • DSC 0439

    Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
    Nama : Muhamad Safwan bin Ahmad
    Emel : safwan[at]yit[dot]gov[dot]my
    No. Telefon : 09 6300 325

  • PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2016 Muat Turun
    PEKELILING PSUK TERENGGANU 20/2007 (HARI DAN MASA BEKERJA BULAN RAMADHAN) Muat Turun 
     
  • PRa Sekolah min Brochure Pra Sekolah Muat Turun
    INSPI min Institut Pengajian Islam (INSPI) Muat Turun
    PDI min Pondok Darul Iman (PDI) Muat Turun
    Smart Solat Muat Turun

     

  • PENGENALAN

    1. Konsep SRAYIT ini adalah satu TRANSFORMASI kurikulum yang menggabungkan Kurikulum sedia ada iaitu KSSR dengan Kurikulum Diniah. Transformasi kurikulum ini mengekalkan          matlamat asal KSSR untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani dan penguasaan asas 4 M tetapi diberi nilai tambah dengan hafazan Al-Quran dan ilmu-ilmu Islam seperti tauhid, fekah, sirah, hadith dan akhlak. 
    2. Di akhirnya SRAYIT bakal melahirkan murid-murid yang berkebolehan menghafaz surah-surah terpilih dan mamahami ilmu ilmu Islam   selain daripada penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai nilai yang relevan untuk menghadapi cabaran di abad ke-21.

     

    LATAR BELAKANG

    1. Penubuhan Sekolah Rendah Agama Yayasan Islam Terengganu adalah sebagai kesinambungan (continuous learning) kepada penghafalan Al-Quran dari peringkat Prasekolah (Pintar Al-Quran) ke peringkat rendah dan seterusnya menjadi pemangkin kepada Sekolah Menengah Imtiaz.
    2. Penubuhan SRAYIT dapat memenuhi hasrat ibu bapa dan masyarakat supaya anak-anak mereka mendapat pendidikan agama secara formal ke  arah pembentukan generasi ilmuan yang bertaqwa, berketrampilan dan beriman.
    3. Penubuhan sekolah Islam swasta tumbuh seperti cendawan bermula pada tahun 1990an, membuktikan kecenderungan yang tinggi daripada ibu bapa untuk mendapatkan pendedahan pendidikan agama Islam secara lebih formal.
    4. Kejayaan YIT telah terbukti apabila mampu melahirkan murid berumur 5 dan 6 tahun yang mampu menghafal surah-surah lazim dan dapat membaca Al-Quran dengan baik.

     

    MATLAMAT PENUBUHAN

    1. Melahirkan Insan Rabbani, beriman, berakhlak kamil dan syamil dan berilmu melalui sistem pendidikan yang seimbang.
    2. Membentuk generasi qurani yang mampu menguasai ilmu-ilmu asas dalam Islam.
    3. Meletakkan asas model pendidikan Islam yang berdaya maju dan relevan dengan kehidupan masyarakat dan bersedia menghadapi kehidupan sebagai seorang mukallaf.
    4. Penyerapan dan gabung jalin antara pendidikan arus perdana dan pendidikan yang menekankan ilmu-ilmu fardu ain dan hafazan.

     

    FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH AGAMA ISLAM

    1. Memberi pendidikan yang berteraskan TAUHID bagi melahirkan Insan rabbani, berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta mampu membentuk kehidupan diri sebagaimana tuntutan agama Islam melalui sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu dan berterusan.

     

    KURIKULUM

    • Kurikulum  Standard  Sekolah Rendah ( KSSR)  Matapelajaran  KSSR;
       
      • Bahasa Melayu
      • Matematik
      • Bahasa Inggeris
      • Dunia Sains & Teknologi
      • Pendidikan Islam
      • Pendidikan Moral
      • Pendidikan Seni Visual
      • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
      • Dunia Muzik
      • Bahasa Arab

    • Kurikulum Hafazan

      • Menghafaz surah-surah terpilih.

    • Kurikulum Dinniah

      • Subjek Dinniah;

        • Hafazan
        • Fiqah
        • Tauhid
        • Bahasa Arab
        • Sirah
        • Jawi
        • Tajwid

     

    • Pengisian Kurikulum Diniah ;

      • Membaca, memahami dan menghargai kandungan Al-Quran serta menghafal ayat-ayat yang berkaitan dengan kehidupan seharian.
      • Meningkatkan keimanan dan memahami konsep Tauhid seperti yang diamalkan dalam kehidupan seharian.
      • Menguatkan dan membentuk latihan Islam melalui amalan kehidupan seharian dan ibadat.
      • Mengenal dan menghargai kandungan kata-kata Nabi Muhammad SAW.
      • Memahami konsep khidmat agama dan mengamalkannya dengan cara yang sepatutnya.
      • Memahami dan menerima ajaran dan teladan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.
©Hakcipta Terpelihara2018 YAYASAN ISLAM TERENGGANU Dibangun dan diselenggara oleh Webmaster YIT.

Di Kemaskini Pada : 1/11/2018