Soalan Lazim
malaysia vector Lambang Terengganu yit

Laman Web Rasmi
YAYASAN ISLAM TERENGGANU

Malay Arabic English Indonesian
{{#image}}
{{/image}}
{{text}} {{subtext}}
Soalan Lazim

Please select your question category

Yayasan Islam Terengganu (YIT) ditubuhkan bermula daripada resolusi Seminar Alim Ulama Negeri Terengganu yang telah berlangsung pada 3 Ogos 1973. Salah satu rumusan penting yang diputuskan di akhir seminar itu yang berbunyi: "Kerajaan Negeri hendaklah dengan seberapa segera menubuhkan sebuah Yayasan Islam yang akan menjalankan tugas mengenai dakwah, penyelidikan di dalam dan di luar. Yayasan ini hendaklah bekerjasama rapat dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT)

  1. Membantu Majlis Agama Islam Negeri menyebar dan mengembangkan Agama Islam

  2. Mengadakan kerjasama dengan badan-badan/pengembang Agama Islam.

  3. Memajukan Wakaf-Wakaf Am.

  4. Memberi pertolongan/membantu pertubuhan/pengembang Agama Islam yang bertujuan bagi maksud khairat, kebajikan anak yatim, mualaf dll

  5. Melaksanakan tugas/kewajipan yang difikirkan musatahak oleh Yayasan Islam Terengganu

VISI

Menjadi Agensi Terunggul Dalam Peningkatan Dan Pengembangan Syiar Islam Di Negeri Terengganu.

  

MISI

Yayasan Islam Terengganu Komited Untuk :

Meningkat Dan Mengekalkan Ilmu Dan Pendidikan Agama Islam Kepada Penduduk Negeri Ini

Ke Arah Mewujudkan Ummah Yang Berakhlak Mulia, Progresif Dan Berdaya Saing.

Yayasan Islam Terengganu mempunyai 18 buah tadika di seluruh negeri terengganu.

  1. Tadika cawangan Kemaman
  2. Tadika cawangan Kijal
  3. Tadika cawangan Dungun
  4. Tadika cawangan AMBS
  5. Tadika cawangan Kuala Berang
  6. Tadika cawangan Bukit Payung
  7. Tadika cawangan Marang
  8. Tadika cawangan Kuala Terengganu
  9. Tadika cawangan Kubang Parit
  10. Tadika cawangan Hiliran
  11. Tadika cawangan Seberang Takir
  12. Tadika cawangan Wakaf Tembusu
  13. Tadika cawangan Tok Jembal
  14. Tadika cawangan Permaisuri
  15. Tadika cawangan Renek
  16. Tadika cawangan Besut
  17. Tadika cawangan Putrajaya
  18. Tadika cawangan Permint Jaya

Ahad hingga Khamis : 7.45pg - 12.30 t/hari

Ibubapa yang ingin mendaftar anak-anak mereka belajar di Tadika Yayasan Islam Terengganu mestilah berumur 5 dan 6 tahun.

Pendaftaran kemasukan tadika untuk sesi baru akan dibuka pada 1hb Jun setiap tahun dan bayaran pendaftaran yang perlu dibuat bayaran adalah sebanyak RM60.00. Manakala yuran bulanan dikenakan bayaran sebanyak RM20.00 dan bayaran lain seperti buku tulis ,buku latihan dan bayaran lain akan dibuat pembayaran pada bulan pertama sesi pembelajaran baru persekolahan bermula.

Sesi pembelajaran di Tadika Yayasan Islam Terengganu bermula 7.45 pagi sehingga 12.30 tengahari. Selepas loceng berbunyi kanak-kanak akan membaca doa sebelum kelas bermula kemudian waktu pembelajaran bermula pada jam 8.00 pagi sehingga tiba waktu pulang pada jam 12.30 tengahari.

Yayasan Islam Terengganu tidak menyediakan kemudahan seperti kenderaan (van) untuk menghantar kanak-kanak tadika YIT ke taska. Ibubapa boleh berurusan dengan pemandu van persendirian untuk proses penghantaran anak-anak mereka dari tadika ke taska.

Dasar Privasi & Keselamatan |Penafian ||      
©Hakcipta Terpelihara 2016
 YAYASAN ISLAM TERENGGANU
Dibangun dan diselenggara oleh Webmaster YIT.
     

Di Kemaskini Pada (Tarikh : 06/12/2017)

Hubungi Kami

address  Yayasan Islam Terengganu,
        Tingkat 9,10 & 11,
        Menara Yayasan Islam Terengganu,
        Jalan Sultan Omar,
        20300 Kuala Terengganu.

telefon   Telefon : 09 6300300/301/302/303

faks   Faks : 09 6226511

12462 200  Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.