Warga YIT
malaysia vector Lambang Terengganu yit

Laman Web Rasmi
YAYASAN ISLAM TERENGGANU

Malay Arabic English Indonesian
{{#image}}
{{/image}}
{{text}} {{subtext}}

 

SENARAI AHLI PEMEGANG-PEMEGANG AMANAH
YAYASAN ISLAM TERENGGANU
(01 JULAI 2017 - 30 JUN 2017)

PENGERUSI

Y.A.B. Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman
Menteri Besar Terengganu

AHLI-AHLI

Y.B. Dato' Wan Nawawi bin Haji Wan Ismail
Setiausaha Kerajaan Negeri

Y.B. Dato' Haji A.Rahman bin Yahya
Pegawai Kewangan Negeri

Y.B. Dato' Haji Muhammad Pehimi bin Yusof
Pengerusi Jawatankauasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Y.B. En. Ghazali bin Taib
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tuga-tugas Khas Negeri.

Y.B. Haji A. Latiff bin Awang
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi

Y.B. Dato' Shaikh Harun bin Shaikh Ismail
Yang Dipertua MAIDAM Terengganu

Y. Bhg. Tuan Haji Muhammad Ramli bin Nuh
Nazir Guru KAFA dan Khidmat Masyarakat

SETIAUSAHA

Y. Bhg. Dato' Dr. Haji Alias bin Haji Abdullah
Pengarah Yayasan Islam Terengganu

DSC 0439

Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
Nama : Muhamad Safwan bin Ahmad
Emel : safwan[at]yit[dot]gov[dot]my
No. Telefon : 09 6300 325

 

 

YAYASAN ISLAM TERENGGANU

Yayasan Islam Terengganu Darul Iman

Berdiri Gagah Sepanjang Zaman

Membentuk Insan Ke Jalan Tuhan

Harapan Menggunung Pemimpin Beriman

 

Yayasan Islam Terengganu Darul Iman

Mendokong Gagah Wawasan Sihat

Menda’I Ummah Bijak Berhikmah

Bersatu Tenaga Membina Umat

 

Marilah Kita Sama Berjuang

Membina Insan Kuat Beriman

Menghalang Kemungkaran

Mendatang Mendapat Petunjuk Dari Arrahman

 

Berbaktilah Wahai Kita Semua

Bela Agama Umat Dan Negara

Tingkatkan Ilmu Cintai Taqwa

Dapat Syufaat Di Alam Baka

 

Allah, Allah, Allah Ya Allah

Yayasan Islam Terengganu

Teruskan Jihadmu Membela Umatmu

 

Yayasan Islam Terengganu       Sejarah Penubuhan Yayasan Islam Terengganu (YIT) bermula daripada resolusi Seminar Alim Ulama Negeri Terengganu yang telah berlangsung pada 3 Ogos 1973. Salah satu rumusan penting yang diputuskan di akhir seminar itu yang berbunyi: "Kerajaan Negeri hendaklah dengan seberapa segera menubuhkan sebuah Yayasan Islam yang akan menjalankan tugas mengenai dakwah, penyelidikan di dalam dan di luar. Yayasan ini hendaklah bekerjasama rapat dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT)

        Sementara itu, Dewan Undangan Negeri telah meluluskan satu undang-undang menjadi "Badan Berkanun" Yayasan Islam Terengganu Enakmen Bilangan 1, Tahun 1974 pada 2 April 1974. Pelancaran rasmi penubuhan Yayasan Islam Terengganu ialah pada 9 Ogos 1976 oleh Almarhum D. Y. M. M. Tuanku Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni almarhum Sultan Zainal Abidin bertempat di Istana Maziah, Kuala Terengganu. Pada 1 April 1978, Yayasan Islam Terengganu mula mengambil pegawai dan kakitangan di Tingkat 2, Bangunan Pejabat Daerah Kuala Terengganu. 

        Pada 2 Oktober 1996, organisasi ini telah berpindah ke Menara Yayasan Islam Terengganu, Tingkat 10 & 11, Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu. Manakala perasmian Menara Yayasan Islam Terengganu dilaksanakan oleh Armarhum D.Y.M.M. Tuanku Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada tanggal 27 Februari 1997.  

       Bangunan baru ini menjadi mercu tanda kegemilangan perkembangan Islam yang dimainkan oleh Yayasan Islam Terengganu. Ia juga menjadi pendorong kepada semua pegawai dan kakitangannya untuk mempertingkatkan lagi usaha dan dedikasi mereka dalam memikul serta melaksanakan tanggungjawab seperti yang termaktub di dalam undang-undang tubuh Yayasan Islam Terengganu.

Logo Yayasan Islam Terengganu

  1. Membantu Majlis Agama Islam Negeri menyebar dan mengembangkan Agama Islam 

  2. Mengadakan kerjasama dengan badan-badan/pengembang Agama Islam.

  3. Memajukan Wakaf-Wakaf Am.

  4. Memberi pertolongan/membantu pertubuhan/pengembang Agama Islam yang bertujuan bagi maksud khairat, kebajikan anak yatim, mualaf dll

  5. Melaksanakan tugas/kewajipan yang difikirkan musatahak oleh Yayasan Islam Terengganu

  1. Kami berikrar menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, amanah, cekap dan kesopanan.

  2. Kami berikrar terus berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan dan produktiviti bagi kepentingan masyarakat.

  3. Memberi kesempurnaan didikan agama dan pengajaran Al-Quran bagi melahirkan generasi yang kompetitif, progresif dan kreatif.

  4. Melahirkan kumpulan pendakwah yang berkualiti untuk membimbing masyarakat bagi kebaikan di dunia dan akhirat.

  5. Bersedia menyempurnakan aktiviti kursus dan ceramah bagi melahirkan masyarakat berilmu, berakhlak mulia dan bertakwa serta berwawasan.

  6. Menubuhkan Tadika dan Pusat Pendidikan bagi pembentukan kamil dan memberi bimbingan mencapai kejayaan cemerlang.

  7. Setiap permohonan penubuhan kelas-kelas dipertimbangkan dengan adil dan saksama.

  8. Bersedia menerima pandangan dan teguran yang positif demi meningkatkan mutu perkhidmatan dan produktivi.

VISI

Menjadi Agensi Terunggul Dalam Peningkatan Dan Pengembangan Syiar Islam Di Negeri Terengganu.

 

MISI

Yayasan Islam Terengganu Komited Untuk :

Meningkat Dan Mengekalkan Ilmu Dan Pendidikan Agama Islam Kepada Penduduk Negeri Ini

Ke Arah Mewujudkan Ummah Yang Berakhlak Mulia, Progresif Dan Berdaya Saing.

Dasar Privasi & Keselamatan |Penafian ||      
©Hakcipta Terpelihara 2016
 YAYASAN ISLAM TERENGGANU
Dibangun dan diselenggara oleh Webmaster YIT.
     

Di Kemaskini Pada (Tarikh : 11/6/2017)

Hubungi Kami

address  Yayasan Islam Terengganu,
        Tingkat 9,10 & 11,
        Menara Yayasan Islam Terengganu,
        Jalan Sultan Omar,
        20300 Kuala Terengganu.

telefon   Telefon : 09 6300300/301/302/303

faks   Faks : 09 6226511

12462 200  Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.