Latar Belakang
malaysia vector Lambang Terengganu yit

Laman Web Rasmi
YAYASAN ISLAM TERENGGANU

Malay Arabic English Indonesian
{{#image}}
{{/image}}
{{text}} {{subtext}}

Yayasan Islam Terengganu       Sejarah Penubuhan Yayasan Islam Terengganu (YIT) bermula daripada resolusi Seminar Alim Ulama Negeri Terengganu yang telah berlangsung pada 3 Ogos 1973. Salah satu rumusan penting yang diputuskan di akhir seminar itu yang berbunyi: "Kerajaan Negeri hendaklah dengan seberapa segera menubuhkan sebuah Yayasan Islam yang akan menjalankan tugas mengenai dakwah, penyelidikan di dalam dan di luar. Yayasan ini hendaklah bekerjasama rapat dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT)

        Sementara itu, Dewan Undangan Negeri telah meluluskan satu undang-undang menjadi "Badan Berkanun" Yayasan Islam Terengganu Enakmen Bilangan 1, Tahun 1974 pada 2 April 1974. Pelancaran rasmi penubuhan Yayasan Islam Terengganu ialah pada 9 Ogos 1976 oleh Almarhum D. Y. M. M. Tuanku Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni almarhum Sultan Zainal Abidin bertempat di Istana Maziah, Kuala Terengganu. Pada 1 April 1978, Yayasan Islam Terengganu mula mengambil pegawai dan kakitangan di Tingkat 2, Bangunan Pejabat Daerah Kuala Terengganu. 

        Pada 2 Oktober 1996, organisasi ini telah berpindah ke Menara Yayasan Islam Terengganu, Tingkat 10 & 11, Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu. Manakala perasmian Menara Yayasan Islam Terengganu dilaksanakan oleh Armarhum D.Y.M.M. Tuanku Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada tanggal 27 Februari 1997.  

       Bangunan baru ini menjadi mercu tanda kegemilangan perkembangan Islam yang dimainkan oleh Yayasan Islam Terengganu. Ia juga menjadi pendorong kepada semua pegawai dan kakitangannya untuk mempertingkatkan lagi usaha dan dedikasi mereka dalam memikul serta melaksanakan tanggungjawab seperti yang termaktub di dalam undang-undang tubuh Yayasan Islam Terengganu.

Dasar Privasi & Keselamatan |Penafian ||      
©Hakcipta Terpelihara 2016
 YAYASAN ISLAM TERENGGANU
Dibangun dan diselenggara oleh Webmaster YIT.
     

Di Kemaskini Pada (Tarikh : 06/12/2017)

Hubungi Kami

address  Yayasan Islam Terengganu,
        Tingkat 9,10 & 11,
        Menara Yayasan Islam Terengganu,
        Jalan Sultan Omar,
        20300 Kuala Terengganu.

telefon   Telefon : 09 6300300/301/302/303

faks   Faks : 09 6226511

12462 200  Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.