Penubuhan Tadika Yayasan Islam Terenggganu

Tadika Yayasan Islam Terengganu ditubuhkan pada 1978 yang mula beroperasi di daerah Kemaman dan sehingga kini sebanyak 18 cawangan telah dibuka meliputi
semua daerah di negeri Terengganu.Yayasan Islam Terengganu (YITR) sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat Generasi Celik Al Quran yang menjadi hasrat Kerajaan Negeri Terengganu. YITR
juga menyediakan sistem pendidikan awal yang komprehensif dan efisyen berpandukan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Tenaga Pengajar YITR adalah berkelulusan Diploma
Pendidikan Prasekolah yang dilatih oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Negeri Terengganu. YITR juga menyediakan insfrastruktur yang selamat dan selesa kepada kanak-kanak

Objektif

- Membuka kelas-kelas Tadika meliputi semua daerah Negeri Terengganu untuk proses pembelajaran kanak-kanak yang berumur seawal usia 5 dan 6 tahun.
- Menyemai pendidikan yang berasaskan nilai-nilai Islam bagi melahirkan generasi yang bertakwa.
- Memberi pendidikan secara formal dan tidak formal bagi melatih kanak-kanak berinteraksi sesama sendiri.
- Menyediakan suasana yang selamat dan sihat dalam perkembangan sosial, emosi, rohani, jasmani dan intelek manusia.
- Memupuk minat dan bakat dalam perkembangan daya cipta serta sikap ingin tahu.

Visi

Menyediakan satu sistem pendidikan awal yang komprehensif (bersepadu) dan efisyen bagi merealisasikan cita-cita ulul albab yang diinspirasikan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Misi

Melaksanakan KONSEP TADIKA CEMERLANG yang berteraskan kepada penguasaan Bahasa Inggeris, kefasihan membaca dan khatam Al – Quran.
Melahirkan kanak-kanak yang syumul dan seimbang melalui penerapan nilai-nilai kerohanian dan intelektual.

Sistem Pembelajaran dan Pembelajaran

Tadika-tadika Yayasan Islam Terengganu

Senarai Guru Besar dan Alamat Tadika-tadika YIT

Muat Turun : Pamplet Tadika Yayasan Islam Terengganu