Sistem Pembelajaran dan Pembelajaran

Tadika Yayasan Islam Terengganu, adalah tadika yang menggabungkan Pengajaran dan Pembelajaran berpandukan KSPK dengan penerapan nilai-nilai Islam dalam diri kanak-kanak.

AKADEMIK
Menyediakan asas akademik yang boleh membantu perkembangan awal kanak-kanak melalui elemen- elemen berikut:
1. Bahasa dan Komunikasi
2. Kerohanian, sikap dan Moral
3. Sains dan Teknologi
4. Ketrampilan Diri
5. Kemanusiaan
6. Perkembangan fizikal dan Estetika
7. Konsep penghafazan surah
8. Bestari solat
9. Amalan hidup secara Islamik

PINTAR AL QURAN
Pendedahan kaedah terkini pembelajaran Al-Quran menggunakan multimedia dan buku-buku panduan yang dikeluarkan oleh Yayasan Islam Terengganu.

Program Pintar Al-Quran ini telah dapat melahirkan generasi Celik Al Quran seawal usia 5 dan 6 tahun. Ini dapat dilihat melalui kejayaan Yayasan Islam Terengganu yang berjaya mengkhatamkan kanak-kanak TADIKA.

KO-KURIKULUM TADIKA
Mendedahkan kanak-kanak dengan aktiviti ko-kurikulum bagi menanam keyakinan diri.

©Hakcipta Terpelihara2018 YAYASAN ISLAM TERENGGANU Dibangun dan diselenggara oleh Webmaster YIT.

Di Kemaskini Pada : 16/04/2018