Majlis Perjumpaan Pengarah

Kuala Terengganu - Majlis Perjumpaan Pengarah Yayasan Islam Terengganu bersama pegawai dan kakitangan Yayasan Islam Terengganu diadakan pada 02 Februari 2020 (Ahad) bertempat di Dewan Utama, Menara Yayasan Islam Terengganu. Majlis tersebut yang pertama kali diadakan bagi tahun 2020 ini merupakan platform bagi menyampaikan amanat dan hala tuju Yayasan Islam Terengganu di bawah kepimpinan Pengarah Tuan Haji Azhar bin Jusoh. Pada majlis itu, tuan pengarah turut menyampaikan anugerah khas kepada Institut pengajian Islam (INSPI) di atas pencapaian cemerlang di dalam peperiksaan STAM serta johan Qariah majlis tilawah Al-Quran peringkat negeri terengganu cik Nur Jannah binti Abd Rahman. Gambar Lain

 

 

©Hakcipta Terpelihara2018 YAYASAN ISLAM TERENGGANU Dibangun dan diselenggara oleh Webmaster YIT.

Di Kemaskini Pada : 2/3/2020