Kunjungan Hormat ke Pejabat Ketua Pengarah JKR

Terima kasih kepada YBerusaha Ketua Pengarah JKR diatas persetujuan menerima kunjungan hormat daripada YB. Mohd Nor Bin Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah & Penerangan serta Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Timbalan Pengarah Yayasan Islam Terengganu Pengarah JKR Terengganu dan rombongan. Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala antara kerajaan negeri dan persekutuan disamping membincangkan penubuhan pusat dakwah ummah di Pulau Redang oleh kerajaan negeri dibawah Yayasan Islam Terengganu. Antara lain di bincangkan dengan YBerusaha Ketua Pengarah JKR adalah berkaitan transfer teknologi melalui CSR dengan kerjasama JKR Malaysia dan CIDB.

 

©Hakcipta Terpelihara2018 YAYASAN ISLAM TERENGGANU Dibangun dan diselenggara oleh Webmaster YIT.

Di Kemaskini Pada : 9/2/2020