Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1441H/ 2020M

21 Februari 2020 - Tahniah di ucapkan kepada Nor Jannah binti Abd Rahman yang merupakan kakitangan Yayasan Islam Terengganu (YIT) yang telah mendapat tempat ketiga  kategori qariah di Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1441H/ 2020M yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu.Beliau menerima hadiah berupa yang tunai RM7,500 dan tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji.Tempat kedua dimenangi oleh Nurul Izzah Mukhali dari Sarawak manakala Johan pula dimenangi oleh Puteri Kalimatul Azzua Hamid dari Perak.

©Hakcipta Terpelihara2018 YAYASAN ISLAM TERENGGANU Dibangun dan diselenggara oleh Webmaster YIT.

Di Kemaskini Pada : 28/7/2020