Majlis Perjumpaan Khas Penyelia & Guru KAFA

25 Februari 2020 - Satu Majlis  Perjumpaan Khas  Bersama Tuan Haji Hashim bin Salleh, Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan kemajuan Islam Malausia( JAKIM ) telah di adakan  bertempat dI Duyong Marina & Rasort. Pulau Duyong. Seramai 60 orang warga kerja Unit KAFA termasuk Penyelia Daerah  serta guru-guru KAFA dari daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus  terlibat dalam perjumpaan tersebut.

Kehadiran Tuan Haji Hashim yang diiringi oleh Ustaz Azizan bin Muhammad , Kerua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan JAKIM disambut okeh Tuan Haji Azhar bin Jusoh, Pengarah Yayasan Islam Terengganu bersama Tuan Haji Mat Zaid bin Ibrahim, Timbalan Pengarah  dan pegawai – pegawai kanan yang lain.

Antara intipati ucapan yang disampaikan oleh Tuan Haji Hashim ialah para penyelia  dan guru haruslah memberi komitmen yang lebih baik dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pendidikan pelajar  pelajar KAFA di negeri Terengganu. JAKIM sentasa berusaha meningkatkan taraf penyelia KAFA dan guru- guru  kearah yang lebih baik. Ucapan turut menyentuh berkenaan Tabung Kebajikan guuru-guru Kafa yang telah diumumkan sebelum ini.

 

Gambar-gambar lain

©Hakcipta Terpelihara2018 YAYASAN ISLAM TERENGGANU Dibangun dan diselenggara oleh Webmaster YIT.

Di Kemaskini Pada : 28/7/2020