LAWATAN YANG BERHORMAT TIMBALAN PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN INSAN, DAKWAH DAN PENERANGAN NEGERI TERENGGANU KE PUSAT DAKWAH UMMAH, PULAU REDANG 2020

10 Julai 2020 - Yang Berhormat Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan Negeri Terengganu telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Dakwah Ummah Kampung Baru Pulau Redang, Terengganu dan juga Ziarah Mahabbah ke beberapa buah rumah peserta yang bakal mengikuti pengajian di pusat dakwah tersebut.

Turut mengiringi Yang Berhormat adalah Pengarah Yayasan Islam Terengganu Tuan Haji Azhar Jusoh, dan Timbalannya iaitu Tuan Haji Mat Zaid Ibrahim serta beberapa pegawai Yayasan Islam Terengganu yang lain.

Pegawai-pegawai kanan jabatan kerajaaan yang lain seperti Jabatan Kerja Raya Terengganu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Terengganu, Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu juga turut menyertai lawatan ini.

 Lebih bermakna lawatan ini turut disertai oleh Tuan Haji Hashim bin Salleh, Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan beberapa pegawainya untuk melihat dengan lebih dekat dan jelas tentang penubuhan Pusat Dakwah Ummah yang bakal menjadi sebuah pusat tarbiyyah dalam menghidupkan syiar islam dikalangan penduduk tempatan khususnya rakyat negeri Terengganu.

Program lawatan kerja dan sesi perbincangan mengenai penubuhan Pusat Dakwah Ummah ini turut mendapat kerjasama daripada YBrs. Haji Ariffin bin Abdullah Pegawai Daerah Kuala Nerus

Gambar penuh klik disini.

©Hakcipta Terpelihara2018 YAYASAN ISLAM TERENGGANU Dibangun dan diselenggara oleh Webmaster YIT.

Di Kemaskini Pada : 10/8/2020