Lawatan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tapak Pusat Dakwah Ummah (PADU)

Yayasan Islam Terengganu dengan kerjasama kerajaan negeri Terengganu telah menerima kunjungan hormat daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ke tapak Pusat Dakwah Ummah (PADU), Kg Baru Pulau Redang, Kuala Nerus dan Program Jalinan Mesra pada 18 & 19 Julai 2020 bersamaan 26 & 27 Zulkaedah 1441H.
Turut mengiringi Yang Berhormat Menteri adalah Encik Mohamad Razif Bin Mohd Fuad, Setiausaha Akhbar YB Menteri Agama, Encik Mohd Shafiq bin Abdul Ghani, Setiausaha Sulit YB Menteri Agama, Tuan Haji Mohd Zabidi Bin Nasan, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan (YTWP).
Lawatan kerja ini juga turut diiringi oleh YBrs. Dr. Nordin Bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah [Operasi], Tuan Haji Hashim Bin Salleh, Pengarah Bahagian Pendidikan, Encik Kamarul Saman Bin Yaacub, Ketua Penolong Pengarah [Dakwah], dan Encik Mohd Anuar Bin Abd Rani, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan.
Selain itu, turut mengiringi Yang Berhormat Menteri adalah YB Ustaz Mohd Nor Bin Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Dakwah dan Penerangan (PIDP), YB Ustaz Ridzuan Bin Hashim, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Dakwah dan Penerangan (PIDP), Tuan Ahadi bin Othman, Timbalan Mufti Negeri Terengganu, Tuan Haji Zulkifli bin Othman, Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Encik Mohamad Ridwan Bin Mohd Nor, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Mal MAIDAM), Ustaz Kamaruzaman Bin Abdullah, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera , Tuan Haji Mohd Soud Bin Said @ Mat Ali , Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohamad Ramlan Bin Haji Mahmood, Pengarah Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu, Tuan Haji Azhar Jusoh, Pengarah Yayasan Islam Terengganu dan Timbalan Pengarah iaitu Tuan Haji Mat Zaid Ibrahim serta beberapa pegawai Yayasan Islam Terengganu yang lain.
Pegawai-pegawai kanan jabatan kerajaaan yang lain seperti Jabatan Kerja Raya Terengganu, Unit Pembangunan Insan, Penyelaras DUN Batu Rakit juga turut menyertai lawatan ini.
Lawatan kerja dan sesi perbincangan mengenai penubuhan Pusat Dakwah Ummah (PADU) yang akan beroperasi tidak lama lagi.

   

©Hakcipta Terpelihara2018 YAYASAN ISLAM TERENGGANU Dibangun dan diselenggara oleh Webmaster YIT.

Di Kemaskini Pada : 20/9/2020