MAJLIS PENYERAHAN AGIHAN TABUNG KEBAJIKAN GURU KAFA TERENGGANU

27 Oktober 2020 | Selasa |

Satu majlis penyerahan agihan tabung kebajikan guru KAFA negeri Terengganu telah diadakan pada 27 Oktober 2020 bertempat di Dewan Utama Menara Yayasan Islam Terengganu. Agihan ini melibatkan keseluruhan semua daerah di negeri Terengganu, yang disalurkan melalui Persatuan Guru KAFA Terengganu (PERKAT).

Majlis dimulakan dengan ucapan Ustaz Shahrul Bahari bin Awang@Nordin, Pengerusi PERKAT, disusuli dengan ucapan Tuan Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Tuan Haji Azhar bin Jusoh.

Dalam ucapan perasmian beliau, Pengarah memaklumkan bahawa sebanyak RM 250,000 telah diberikan kepada unit KAFA sebelum diagihkan kepada seluruh daerah. Duit sumbangan ini merupakan bantuan One-Off daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada seluruh guru KAFA bagi digunakan untuk urusan kebajikan guru-guru KAFA di negeri Terengganu.

Pengarah merakamkan ucapan terima kasih kepada JAKIM di atas kecaknaan dan keprihatinan yang diberikan kepada guru KAFA Terengganu melalui bantuan One-Off ini, dan mengharapkan agar bantuan ini dapat digunakan sebaik mungkin bagi menjaga kebajikan para guru KAFA di seluruh negeri Terengganu.

Di akhir ucapan beliau, Pengarah menyatakan hasratnya agar Pegawai Yayasan Islam Daerah turut serta memantau dan mengambil cakna pergerakan PERKAT di daerah masing-masing agar perjalanan persatuan dapat berjalan dengan lancar.

Majlis ini dihadiri oleh semua Pegawai Yayasan Islam Daerah bersama dengan pengerusi PERKAT Daerah masing-masing. Turut hadir di dalam majlis ini, Puan Nor Asikin bin Mohamad, KPP Kanan Unit KAFA, Pendidikan dan Pra-Sekolah, serta seluruh AJK PERKAT Daerah-daerah di negeri Terengganu.

Majlis diakhiri dengan penyerahan Mock Check oleh Pengarah Yayasan Islam Terengganu kepada PERKAT seluruh daerah di negeri Terengganu.

Semoga bantuan ini dapat melancarkan lagi urusan kebajikan para guru KAFA di seluruh negeri Terengganu.

©Hakcipta Terpelihara2018 YAYASAN ISLAM TERENGGANU Dibangun dan diselenggara oleh Webmaster YIT.

Di Kemaskini Pada : 15/10/2020