Assalamualaikum,
Tuan yang dihormati, semoga berada di dalam rahmat Allah s.w.t.
Berikut adalah maklumat berkenaan Pusat Pengajian Al-Quran & Fardhu Ain
( PAFA ) Hiliran yang terletak dibawah kelolaan Yayasan Islam
Terengganu.
PAFA mempunyai 10 buah kelas yang merangkumi dua sesi pembelajaran iaitu
1)Sabtu, Ahad & Isnin ( 5 kelas)
2)Selasa, Rabu & Khamis ( 5 kelas )
Jumlah pelajar yang ada sekarang 140 lelaki dan 130 perempuan. Manakala guru pula seramai 10 orang.
Yuran dan pendaftaran sebagaimana berikut :
1)Yuran : RM 15.00 (sebulan )
2)Pendaftaran : RM 25.00 ( sekali sahaja )
Bagi pendaftaran Tahun 1 ,kebiasaannya dibuka pada bulan Oktober,
Walaubagaimanapun pada tahun 2018, pendaftaran Tahun 1 akan dibuka pada
bulan Julai. Untuk pelajar selain Tahun 1, bergantunga kepada
kekosongan yang ada kerana kebiasaannya pelajar yang mendaftar tahun 1
akan terus menyambung belajar disitu.
Pendaftarab boleh dibuat dengan mengisi borang di PAFA Hiliran .
Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan PAFA Hiliran di talian
09-6221797.
Sekian, terima kasih
|