Yayasan Islam Terengganu

Kolej Yayasan Islam Terengganu

 

LATAR BELAKANG KYIT

 

Kolej Yayasan Islam Terengganu (KYIT) merupakan satu institusi pendidikan tinggi yang dimiliki Syarikat Open Access Sdn. Bhd di bawah Badan Berkanun - Yayasan Islam Terengganu. Dahulunya dikenali dengan nama Markas Pengajian Islam (1984-2010) dan Institut Pengajian Islam (2010-2018), Penjenamaan baharu yang dilaksanakan adalah sejajar dengan kepesatan sistem pengajian pada masa kini dengan memperkenalkan beberapa program pengajian peringkat Diploma di samping mengekalkan program persijilan yang sedia ada dan menerapkan nilai- nilai murni dan moral islam dikalangan pelajar . KYIT mengutamakan tiga aspek teras yang menjadi pegangan setiap warga KYIT iaitu Akhlak, Akidah & Ilmu.

 

 

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

 

  1. NAMA PROGRAM PENGAJIAN
  • Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

 

  1. KEISTIMEWAAN PROGRAM
  • Mendapat akreditasi penuh oleh Malaysian Qualifications Agency - MQA (A8332).
  • Mendapat pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  • Menggabungkan kesepaduan Program Islam :
  1. Pengajian Akademik
  2. Pengajian al-Quran
  3. Pengajian Islam
  • Yuran pengajian yang berpatutan - RM 250.00 per bulan / RM 1500.00 per semester (yuran pengajian sahaja).
  • Tajaan dan pembiayaan sara diri oleh Yayasan Terengganu atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

 

  1. SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
  • Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dengan 3 kredit.
  • Sijil-sijil berkaitan yang mendapat pengiktirafan oleh MQA.
  • Permohonan melalui APEL.

 

  1. CARA MEMOHON
  • Hubungi pihak KYIT di alamat e-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Muat turun borang permohonan melalui : https://yit.gov.my
  • Hantarkan borang permohonan beserta salinan keputusan SPM melalui talian faks : 09-850 3560 atau melalui e-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

HUBUNGI KAMI

 

Kolej Yayasan Islam Terengganu boleh dihubungi di alamat :

 

Kolej Yayasan Islam Terengganu,

        Kampus Binjai, 24000 Kemaman,

        Terengganu Darul Iman.

 

telefon pejabat  :               09-850 3560/61

faks                 :               09-850 3560

E-mel               :               This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

SENARAI AHLI PEMEGANG-PEMEGANG AMANAH
YAYASAN ISLAM TERENGGANU
(1 JULAI 2018 - 30 JUN 2020)

PENGERUSI

YAB. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar
Menteri Besar Terengganu

TIMBALAN PENGERUSI

YB. Dato' Haji A.Rahman bin Yahya
Setiausaha Kerajaan Negeri

AHLI-AHLI

YB. Mohd Zahari bin Md Azahar
Pegawai Kewangan Negeri

YB. Haji Satiful Bahari bin Mamat
Pengerusi Jawatankauasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi

YB. Mohd Nor bin Hamzah
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan.

YB. Dato' Haji Husain bin Awang
Ahli Dewan Negara

YBhg. Dato' Haji Osman bin Muda
Yang Dipertua MAIDAM Terengganu

YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim
Ketua Pengarah JAKIM 

YBhg. En. Wan Mohd Faizul bin Wan Abas
Ketua Jabatan Pengurusan Korporat TSIS

YBhg. Ustaz Ibrahim bin Tahir

SETIAUSAHA

Y.Bhg. En. Ahmad Azmi bin Haji Md Salleh
Pengarah Yayasan Islam Terengganu

Piagam Pelanggan

UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI KORPORAT

Penyelenggaraan Komputer

Jumlah aduan kerosakan diselesaikan sebanyak 80% setiap bulan

 

UNIT PRA SEKOLAH

Lawatan Pemantauan Tadika

Memastikan pemantauan dapat dilaksanakan 2 kali setahun

                             

UNIT PERJAWATAN & PERKHIDMATAN

Permohonan Cuti Tanpa Rekod Kakitangan Tetap

Memastikan permohonan Cuti Tanpa Rekod mendapat kelulusan yang dipohon dalam masa 1 minggu

 

UNIT PENTADBIRAN AM

Bantuan / Sumbangan

Memastikan permohonan bantuan / sumbangan dapat diberi maklum balas dalam masa seminggu

 

UNIT PENYELIDIKAN & PENERBITAN

Terbitan Pamplet

Menerbitkan empat pamplet dalam masa setahun

 

UNIT PELABURAN

Penyewaan Premis Bangunan

Memastikan 80% perjanjian sewaan diselesaikan dalam tempoh masa 6 bulan

 

UNIT LATIHAN

Pengurusan Program Latihan

Mengadakan kursus / bengkel / taklimat kepada pegawai dan kakitangan tetap. Sasaran pegawai dan kakitangan tetap seramai 100 orang telah mencukupi sebanyak 8 hari setahun.

 

UNIT KHIDMAT MASYARAKAT

Program  Khatam Al-Quran

Memastikan Majlis Khatam Al-Quran dilaksanakan sebanyak 10 kali setahun.

 

UNIT KEWANGAN

Anggaran Belanjawan

Memastikan belanja YIT tidak melebihi 100% daripada belanjawan yang telah diluluskan

 

UNIT KAFA

Penambahan Kelas

Memastikan surat penambahan kelas disediakan 7 hari bekerja selepas menerima arahan perjalanan

 

UNIT DAKWAH

Ceramah Berkala

Menganjurkan 50 kali ceramah berkala dalam masa setahun

©Hakcipta Terpelihara2018 YAYASAN ISLAM TERENGGANU Dibangun dan diselenggara oleh Webmaster YIT.

Di Kemaskini Pada : 14/02/2019