Hebahan/Pengumuman
: Maaf...tiada pengumuman buat masa ini. Terima Kasih

Penubuhan Pondok Darul Iman

Pondok Darul Iman (PDI) Mula Beroperasi Pada 1 November 2009 Apabila Markas Pengajian Islam Wanita (MARPANITA) Yang Kini Dikenali Dengan Nama Institut Pengajian Islam (INSPI) Berpindah Ke Kampus Induk Di Kemaman Pada Pertengahan Tahun 2009. Pengambilan Pelajar Yang Pertama Pada 17 Januari 2010 Seramai 113 Orang. Pdi Kini Semakin Berkembang Dengan Pertambahan Bilangan Pelajar Dan Infrastruktur Yang Baharu. Dalam Pada Itu, Pdi Turut Memperkenalkan Sijil Syahadah Thanawiyyah Dan Mewajibkan Pelajar Menduduki Pentaksiran Tingakatan Tiga ( Pt-3 ) Dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Dan Berakhir Pengajian Di Pdi Dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

Objektif

  1. Menghidupkan kembali sistem pondok yang pernah diwujudkan sewaktu awal penubuhan marpa di kemaman. Pada waktu itu, marpa juga lebih dikenali sebagai pondok moden.
  2. Merealisasikan hasrat Kerajaan Terengganu untuk melahirkan lebih ramai imam dan bilal yang berwibawa.
  3. Menyambut baik hasrat masyarakat setempat yang inginkan suasana keagamaan di tempat mereka.
  4. Membuka peluang kepada rakyat Terengganu yang berhasrat untuk menekuni ilmu agama secara sistem pondok yang agak berkurangan di Negeri Terengganu.

Visi

Menjadi pusat pengajian agama terunggul dalam melahirkan generasi rabbani di negeri Terengganu

Misi

Pondok darul iman yayasan islam terengganu beriltizam untuk :
Membangunkan modal insan melalui sistem pengajian pondok dengan menekuni kitab-kitab ulama silam di samping menggarap potensi pelajar dengan akhlak yang mulia sejajar dengan sabda rasulullah S.A.W:

إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق
Yang bermaksud :sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlah yang mulia.