Hebahan/Pengumuman
: Maaf...tiada pengumuman buat masa ini. Terima Kasih
Pendidikan Islam

Institut Pengajian Islam (INSPI)

Yayasan Islam Terengganu

Kampus Binjai, 24000 Kemaman, Terengganu

Pengenalan

Sejarah Penubuhan INSPI

Institut Pengajian Islam (INSPI) bermula daripada Markas Pengajian Islam (MARPA) yang ditubuhkan pada 10 Februari 1984 di Binjai, Kemaman di bawah Yayasan Islam Terengganu.

Penubuhan MARPA diasaskan oleh Dato' Seri Amar Diraja Haji Wan Mokhtar bin Haji Wan Ahmad dengan kekuatan awal seramai empat orang ustaz, empat orang kakitangan sokongan dan 20 orang pelajar lelaki.

Pada peringkat awal, sebuah surau digunakan sebagai tempat pengajian, manakala sebuah bangunan kayu dijadikan asrama sementara untuk para pelajar.

Institusi ini terus berkembang melalui beberapa fasa penambahbaikan, penggabungan dan pembangunan program pengajian sebelum dikenali secara rasmi sebagai Institut Pengajian Islam (INSPI).

Garis Masa

Perkembangan Institut Pengajian Islam

Perjalanan perkembangan MARPA sehingga menjadi INSPI.

10 Februari 1984

Penubuhan MARPA

Markas Pengajian Islam (MARPA) ditubuhkan di Binjai, Kemaman di bawah Yayasan Islam Terengganu. Penubuhannya diasaskan oleh Dato' Seri Amar Diraja Haji Wan Mokhtar bin Haji Wan Ahmad.

 
▼
1997

Penubuhan MARPANITA

Markas Pengajian Islam Wanita (MARPANITA) ditubuhkan di Kampung Pelandan, Hulu Terengganu. Pelajarnya terdiri daripada pelajar perempuan dari seluruh daerah di Negeri Terengganu dengan jumlah sekitar 20 orang.

 
▼
1 Januari 2005

Penggabungan MARPA dan MARPANITA

MARPA bagi pelajar lelaki dan MARPANITA bagi pelajar perempuan digabungkan menjadi sebuah institusi dengan mengekalkan nama MARPA dan berpusat di Kemaman. Jumlah pelajar ketika itu ialah seramai 65 orang pelajar lelaki dan perempuan.

 
▼
Jun 2006

Naik Taraf Kampus Binjai

MARPA Binjai ditutup sementara bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf bangunan dan prasarana. Sepanjang tempoh tersebut, para pelajar dipindahkan ke MARPANITA Pelandan sebagai pusat pengajian sementara.

 
▼
November 2008

Permohonan Program Diploma Tahfiz wa Dakwah

Pentadbiran MARPA mengemukakan permohonan untuk berdaftar di bawah Darul Quran JAKIM bagi melaksanakan Program Diploma Tahfiz wa Dakwah.

 
▼
April 2009

Kelulusan Darul Quran JAKIM

Darul Quran JAKIM meluluskan permohonan MARPA untuk melaksanakan Program Diploma Tahfiz wa Dakwah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

 
▼
Julai 2009

Kampus Binjai Beroperasi Semula

Kerja-kerja menaik taraf MARPA Binjai selesai sepenuhnya. Semua pelajar dipindahkan kembali dari MARPANITA Pelandan ke MARPA Binjai dan pusat pengajian utama mula beroperasi sepenuhnya.

 
▼
Oktober 2009

Cadangan Pertukaran Nama

Pentadbiran MARPA mencadangkan supaya nama Markas Pengajian Islam ditukar kepada nama baharu yang lebih bersesuaian dengan Program Diploma Tahfiz wa Dakwah yang akan dilaksanakan dengan kerjasama Darul Quran JAKIM.

 
▼
28 Disember 2009

Penubuhan Institut Pengajian Islam (INSPI)

Mesyuarat Lembaga Yayasan Islam Terengganu bersetuju menukar nama Markas Pengajian Islam (MARPA) kepada Institut Pengajian Islam (INSPI) dan melaksanakan Program Tahfiz wa Dakwah di INSPI.

 
▼
5 Februari 2010

Kerjasama Antarabangsa

Rundingan kerjasama telah diadakan dengan Universitas Islam Negeri Sultan Sharif Kasim (UIN-SUSKA) bagi Program Ijazah Berkembar.

Objektif

Objektif Penubuhan INSPI

1

Generasi Ulul Albab

Melahirkan generasi Ulul Albab.

2

Melahirkan Daie

Melahirkan daie bagi memenuhi keperluan semasa umat Islam.

3

Pembangunan Rohani

Melahirkan graduan yang menjadi pemangkin kepada pengurusan masjid dan pembangunan rohani umat Islam.

VISI

Melahirkan Cerdik Pandai Islam

Melahirkan cerdik pandai Islam sebagai pemimpin masyarakat dan guru agama serta berpeluang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

MISI

Pendidikan dan Dakwah

Melahir dan melatih pendakwah, imam, bilal dan guru-guru agama yang berwibawa dalam masyarakat dengan menguasai bidang pengajian Islam, pengurusan dan teknologi maklumat.