Hebahan/Pengumuman
: Kenyataan Tawaran membekal barang-barang mentah dibuka  
Pendidikan Islam

Pondok Darul Iman

Institusi pengajian agama berteraskan sistem pondok dan pembentukan generasi rabbani.

Penubuhan

Penubuhan Pondok Darul Iman

Pondok Darul Iman (PDI) mula beroperasi pada 1 November 2009 selepas Markas Pengajian Islam Wanita (MARPANITA), yang kini dikenali sebagai Institut Pengajian Islam (INSPI), berpindah ke kampus induknya di Kemaman pada pertengahan tahun 2009.

Pengambilan pelajar pertama telah dibuat pada 17 Januari 2010 melibatkan seramai 113 orang pelajar.

Sejak itu, Pondok Darul Iman terus berkembang dengan pertambahan bilangan pelajar serta pembangunan infrastruktur yang lebih lengkap bagi menyokong proses pengajian dan pembentukan sahsiah pelajar.

PDI turut memperkenalkan Sijil Syahadah Thanawiyyah dan mewajibkan pelajar menduduki pentaksiran akademik kebangsaan seperti Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sebelum menamatkan pengajian dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Objektif

Objektif Penubuhan

1

Menghidupkan semula sistem pondok yang pernah diwujudkan pada peringkat awal penubuhan MARPA di Kemaman, yang ketika itu turut dikenali sebagai pondok moden.

2

Merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Terengganu untuk melahirkan lebih ramai imam dan bilal yang berwibawa serta mempunyai ilmu agama yang kukuh.

3

Menyambut hasrat masyarakat setempat yang menginginkan suasana kehidupan dan pendidikan yang lebih berteraskan nilai-nilai keagamaan.

4

Membuka peluang kepada rakyat Terengganu yang berhasrat mendalami ilmu agama melalui sistem pengajian pondok yang semakin berkurangan di negeri ini.

VISI

Generasi Rabbani

Menjadi pusat pengajian agama terunggul dalam melahirkan generasi rabbani di Negeri Terengganu.

MISI

Ilmu, Akhlak dan Pembangunan Insan

Pondok Darul Iman Yayasan Islam Terengganu beriltizam membangunkan modal insan melalui sistem pengajian pondok, dengan menekuni kitab-kitab ulama silam serta mengembangkan potensi pelajar melalui pembentukan akhlak yang mulia.

Laluan Pengajian

Struktur Akademik Pelajar

01

Pengajian Pondok

Pengajian kitab turath dan asas pengajian agama.

02

Syahadah Thanawiyyah

Pengajian agama secara lebih tersusun dan sistematik.

03

PT3 / SPM

Pentaksiran dan peperiksaan akademik kebangsaan.

04

STAM

Sijil Tinggi Agama Malaysia sebagai peringkat akhir pengajian.

Pembentukan Akhlak

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الْأَخْلَاقِ

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”