Tadika Yayasan Islam Terengganu
Pendidikan prasekolah berteraskan nilai Islam dan pembangunan menyeluruh kanak-kanak.
Penubuhan Tadika Yayasan Islam Terengganu
Tadika Yayasan Islam Terengganu mula ditubuhkan pada tahun 1978 dan pada peringkat awal beroperasi di daerah Kemaman. Sehingga kini, sebanyak 18 cawangan telah dibuka meliputi semua daerah di Negeri Terengganu.
Yayasan Islam Terengganu sentiasa berusaha mencapai matlamat melahirkan Generasi Celik Al-Quran selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Terengganu.
Tadika Yayasan Islam Terengganu menyediakan sistem pendidikan awal yang komprehensif dan efisien berasaskan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), dengan penekanan terhadap pendidikan agama, pembentukan sahsiah, penguasaan bahasa dan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.
Tenaga pengajar Tadika Yayasan Islam Terengganu terdiri daripada guru yang mempunyai kelayakan dalam bidang Pendidikan Prasekolah, manakala persekitaran pembelajaran disediakan dalam keadaan yang selamat, selesa dan kondusif untuk perkembangan kanak-kanak.
Objektif Pendidikan
Membuka kelas-kelas tadika di seluruh daerah Negeri Terengganu bagi menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak berusia lima dan enam tahun.
Menyemai pendidikan berasaskan nilai-nilai Islam bagi melahirkan generasi yang bertakwa dan berakhlak mulia.
Memberi pendidikan secara formal dan tidak formal bagi melatih kanak-kanak berinteraksi, berkomunikasi dan membina keyakinan diri.
Menyediakan suasana pembelajaran yang selamat dan sihat untuk perkembangan sosial, emosi, rohani, jasmani dan intelek kanak-kanak.
Memupuk minat, bakat, daya cipta dan sifat ingin tahu dalam kalangan kanak-kanak.
Pendidikan Awal Yang Komprehensif
Menyediakan satu sistem pendidikan awal yang komprehensif, bersepadu dan efisien bagi merealisasikan cita-cita Ulul Albab yang diinspirasikan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
Konsep Tadika Cemerlang
Melaksanakan Konsep Tadika Cemerlang yang berteraskan penguasaan Bahasa Inggeris, kefasihan membaca serta penguasaan dan khatam Al-Quran.
Melahirkan kanak-kanak yang syumul dan seimbang melalui penerapan nilai kerohanian dan intelektual.
Tadika Yayasan Islam Terengganu
Pilih maklumat yang ingin dilihat.
