Perkampungan Darul Barakah
Pusat pemulihan berkonsepkan holistik di bawah seliaan Yayasan Islam Terengganu.
Mengenai Perkampungan Darul Barakah
Perkampungan Darul Barakah merupakan sebuah pusat pemulihan dadah secara holistik yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan diberi tanggungjawab kepada Yayasan Islam Terengganu untuk melaksanakan pengurusan serta operasinya. Pusat ini mula beroperasi pada Jun 2021.
Pendekatan pemulihan yang dilaksanakan berasaskan konsep holistik dengan memberi penekanan kepada pembangunan rohani, fizikal, kemahiran dan sahsiah. Kemasukan ke pusat ini adalah secara sukarela tanpa paksaan daripada mana-mana individu atau agensi.
Para peserta mengikuti pelbagai program kerohanian dan pembangunan jasmani, di samping dibimbing dalam aktiviti pertanian, penternakan dan kemahiran yang dapat membantu mereka membina kehidupan yang lebih baik.
Kemasukan ke Perkampungan Darul Barakah adalah percuma dan kos sepanjang mengikuti program ditanggung oleh Kerajaan Negeri Terengganu di bawah seliaan Yayasan Islam Terengganu.
Objektif Penubuhan
Melahirkan generasi yang sihat dan bebas daripada dadah.
Mewujudkan suasana perkampungan yang sejahtera dengan generasi yang mencintai ilmu dan agama.
Menggalakkan interaksi serta kerjasama masyarakat setempat, khususnya golongan belia, dalam membantu usaha pemulihan dan latihan pelatih.
Menjadi pusat penyaluran maklumat dan khidmat latihan persediaan kepada pelatih yang layak untuk kembali menjalani kehidupan dalam masyarakat.
Membangunkan Perkampungan Darul Barakah sebagai sebuah komuniti yang mempunyai institusi kemasyarakatan dalam kalangan penghuni untuk jangka masa panjang.
Memastikan kesinambungan proses latihan dengan menyediakan prasarana dan kemudahan yang lebih baik untuk para pelatih.
Pemulihan dan Pembentukan Sahsiah
Memulih, melatih dan membimbing pelatih untuk kembali ke tengah masyarakat dengan jiwa yang diperkukuh melalui pegangan agama dan akhlak yang mulia.
Kehidupan Yang Lebih Baik
Membantu individu yang berdepan masalah penagihan dadah untuk keluar daripada kesengsaraan penagihan dan membina kehidupan yang lebih baik melalui pemulihan, latihan dan pembentukan komuniti yang sejahtera serta diberkati.
Fokus Program
Kerohanian
Pengukuhan ilmu agama, ibadah dan pembentukan akhlak sebagai asas proses pemulihan.
Jasmani
Aktiviti yang membantu membentuk gaya hidup sihat, disiplin dan kecergasan pelatih.
Kemahiran & Ekonomi
Aktiviti pertanian, penternakan dan kemahiran bagi membantu pelatih menjana pendapatan dan berdikari.
Perkampungan Darul Barakah
Perkampungan Darul Barakah
Jalan Cador, Kampung Temala
Pengkalan Berangan
21600 Marang, Terengganu
