Hebahan/Pengumuman
: Kenyataan Tawaran membekal barang-barang mentah dibuka  
PUSAT DAKWAH UMMAH (PADU)
Pusat Dakwah Ummah

Pusat Dakwah Ummah (PADU)

Pusat pengajian dan pembangunan dakwah di Pulau Redang, Terengganu.

Pusat Dakwah Ummah
Aktiviti Pusat Dakwah Ummah
Persekitaran Pusat Dakwah Ummah
Pengenalan

Mengenai Pusat Dakwah Ummah

Pusat Dakwah Ummah merupakan sebuah pusat agama yang ditubuhkan bagi membantu masyarakat dalam usaha mengembangkan syiar Islam, khususnya dalam melahirkan pendakwah yang mempunyai pengetahuan agama, kemahiran dakwah serta kefahaman terhadap keperluan semasa.

Terletak di sebuah pulau yang mempunyai suasana perkampungan dan dikelilingi lautan, persekitaran Pusat Dakwah Ummah menyediakan suasana yang tenang dan sesuai untuk proses pembelajaran serta pembentukan sahsiah para pelatih.

Kedudukan pusat ini di kawasan pelancongan yang menerima kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara turut mewujudkan keperluan kepada pendakwah yang berwibawa, berilmu dan berkebolehan mendekati masyarakat daripada pelbagai latar belakang.

Objektif

Objektif Penubuhan

1

Melahirkan pendakwah dalam kalangan masyarakat pulau yang menguasai ilmu agama dan dakwah.

2

Mewujudkan suasana pulau yang sejahtera melalui pembentukan generasi yang berilmu.

3

Menjadikan Pusat Dakwah Ummah sebagai pusat hentian ilmu bagi para daie di negara ini.

4

Membantu memastikan pelaksanaan amar makruf dan nahi mungkar serta membimbing kawasan pelancongan ke arah kehidupan yang diberkati.

Tadbir Urus

Ahli Lembaga Pengarah Kehormat

Penasihat

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar

Pengerusi

YB Dato’ Haji Mohd Nor bin Hamzah

Setiausaha

Pengarah Yayasan Islam Terengganu

Maklumat Program

Sijil Asas Pengajian Islam Wa Dakwah

Nama Sijil

Sijil Asas Pengajian Islam Wa Dakwah

Sumber Kewangan

Kerajaan Negeri Terengganu

Bahasa Pengantar

Bahasa Melayu

Yuran

Percuma

Pemberian Elaun

RM150.00 sebulan

Sistem Pendidikan

Sukatan dan Tempoh Pengajian

01

Takrif

4 Bulan

02

Takwin

4 Bulan

03

Tanfiz

4 Bulan

Pengambilan Pelatih

Syarat Kemasukan

PADU mengambil pelatih tidak melebihi 30 orang pada satu-satu masa berikutan kapasiti bangunan asrama yang terhad. Pengambilan terbuka kepada pelajar yang berkelayakan, khususnya penduduk Kampung Pulau Redang.

1
Berumur antara 17 hingga 25 tahun.
2
Boleh membaca al-Quran dengan baik.
3
Sihat tubuh badan.
4
Berminat untuk mendalami ilmu agama dan dakwah.
5
Boleh membaca dan menulis Jawi serta Rumi.
6
Berakhlak mulia.
7
Lulus temu duga yang dikendalikan oleh pihak pentadbiran.