Pusat Pengajian Al-Quran Braille
Yayasan Islam Terengganu
Mengenai Pusat Pengajian Al-Quran Braille
Pusat Pengajian Al-Quran Braille Yayasan Islam Terengganu mula beroperasi pada Julai 2020 di dua cawangan, iaitu bersebelahan Masjid Jamek Paka dan di Pejabat Yayasan Islam Terengganu Daerah Besut.
Pusat Pengajian Al-Quran Braille telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Ahmad Samsuri bin Mokhtar, selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Terengganu untuk memperkasakan syiar Islam dalam kalangan Orang Kurang Upaya penglihatan serta memberi peluang dan kemudahan kepada golongan ini untuk mempelajari Al-Quran.
Pelaksanaan kelas pengajian di kedua-dua cawangan merangkumi pembelajaran asas Al-Quran Braille serta kelas hafazan. Para pelajar dibimbing secara berperingkat bagi membolehkan mereka menguasai bacaan Al-Quran dengan baik dan bertajwid.
Penguasaan Al-Quran Braille
Melahirkan golongan OKU penglihatan yang dapat menguasai pembacaan Al-Quran Braille dengan tajwid yang betul.
Pendidikan Berkualiti
Mewujudkan kelas-kelas Al-Quran untuk golongan OKU penglihatan dengan bimbingan tenaga pengajar yang mahir serta kemudahan dan peralatan pengajaran yang bersesuaian.
Kaedah Pembelajaran
Pada peringkat awal, pelajar diperkenalkan dengan kod-kod Braille Al-Quran yang membentuk:
- Huruf-huruf hijaiyyah
- Tanda dan baris bacaan Al-Quran
- Kalimah dan ayat-ayat Al-Quran
Kelas hafazan diwujudkan untuk membantu pelajar mengingati surah-surah terpilih serta membimbing mereka membaca dengan tajwid yang betul.
RM30
Sehari
Elaun kehadiran kelas diberikan sebagai insentif kepada pelajar yang mengikuti pengajian.
Cawangan Pusat Pengajian
Pejabat Yayasan Islam Daerah Besut, Jalan Tembila, Kampung Raja, Besut
Bersebelahan Masjid Jamek Paka, Dungun, Terengganu
