Sistem Pengajaran dan Pembelajaran Tadika YIT
Pendidikan awal kanak-kanak berasaskan KSPK dengan penerapan nilai-nilai Islam.
Tadika Yayasan Islam Terengganu menggabungkan proses Pengajaran dan Pembelajaran berpandukan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dengan penerapan nilai-nilai Islam dalam pembentukan sahsiah dan perkembangan kanak-kanak.
Asas Perkembangan Kanak-Kanak
Program akademik memberi asas kepada perkembangan awal kanak-kanak melalui elemen-elemen pembelajaran berikut.
Bahasa dan Komunikasi
Kerohanian, Sikap dan Moral
Sains dan Teknologi
Keterampilan Diri
Kemanusiaan
Perkembangan Fizikal dan Estetika
Penghafazan Surah
Bestari Solat
Amalan Hidup Secara Islamik
Program Pintar Al-Quran
Program Pintar Al-Quran memberi pendedahan kepada kaedah pembelajaran Al-Quran yang lebih sistematik dengan penggunaan multimedia serta buku panduan yang dikeluarkan oleh Yayasan Islam Terengganu.
Program ini membantu melahirkan generasi celik Al-Quran seawal usia lima dan enam tahun, termasuk membimbing kanak-kanak sehingga mampu mengkhatamkan Al-Quran.
Aktiviti Ko-Kurikulum Tadika
Kanak-kanak didedahkan kepada pelbagai aktiviti ko-kurikulum bagi membina keyakinan diri, kemahiran sosial, kreativiti dan perkembangan sahsiah secara menyeluruh.
