Hebahan/Pengumuman
: Kenyataan Tawaran membekal barang-barang mentah dibuka  
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) DAN JASAMU DIKENANG YAYASAN ISLAM TERENGGANU TAHUN 2026

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang Yayasan Islam Terengganu Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 26 November 2026 (Khamis) bertempat di Dewan Gamelan, Tingkat 3, Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh 𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐃𝐚𝐭𝐨' 𝐇𝐚𝐝𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐇𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧, 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐲𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮.

Penganjuran majlis ini merupakan manifestasi penghargaan dan pengiktirafan pihak Yayasan terhadap warga kerja yang telah memperlihatkan prestasi, komitmen dan dedikasi tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab serta amanah yang diberikan. Seramai 48 orang warga kerja telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebagai pengiktirafan atas pencapaian dan sumbangan mereka kepada organisasi.

Dalam majlis yang sama, seramai 8 orang pesara turut diraikan sebagai tanda penghargaan atas segala khidmat bakti, sumbangan dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan bersama Yayasan Islam Terengganu.

Pengiktirafan ini bukan sekadar penghargaan terhadap pencapaian dan sumbangan yang telah diberikan, malah menjadi pemangkin kepada pembudayaan kecemerlangan, peningkatan profesionalisme serta pengukuhan integriti dalam kalangan warga kerja. Pada masa yang sama, penghargaan kepada para pesara mencerminkan komitmen organisasi dalam menghargai setiap jasa dan bakti yang telah menyumbang kepada pembangunan serta kemajuan Yayasan.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pesara atas segala jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan. Semoga kecemerlangan terus menjadi budaya dan keikhlasan dalam berkhidmat sentiasa menjadi teras kepada penyampaian perkhidmatan Yayasan Islam Terengganu.

"𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐊𝐡𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐡"

 

Gambar-gambar