Hebahan/Pengumuman
: Maaf...tiada pengumuman buat masa ini. Terima Kasih
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG & JASAMU DIKENANG YAYASAN ISLAM TERENGGANU TAHUN 2025
3 November 2025 - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Yayasan Islam Terengganu (YIT) Tahun 2025 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Nara Setia, Dato' Zulkifli bin Ali, Setiausaha Kerajaan Terengganu. Turut hadir Dato' Hadi bin Hassan, Pengarah YIT, pegawai-pegawai, kakitangan dan pesara YIT yang diraikan.
 
Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah atas kecemerlangan dan komitmen dalam menjalankan amanah. Terima kasih atas jasa dan sumbangan yang tidak ternilai demi kecemerlangan YIT.
 
YIT juga merakamkan ucapan penghargaan yang tulus kepada semua pesara atas khidmat bakti dan dedikasi yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan. Jasa dan sumbangan tuan-tuan serta puan-puan amat dihargai dan akan sentiasa dikenang. Semoga terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dalam kehidupan mendatang.