Hebahan/Pengumuman
: Maaf...tiada pengumuman buat masa ini. Terima Kasih
MAJLIS ANUGERAH PERSADA INOVASI NEGERI TERENGGANU TAHUN 2025
17 November 2025 - Alhamdulillah, Majlis Anugerah Persada Inovasi Negeri Terengganu Tahun 2025 (MAPI) serta Reruai Pameran KIK MAPI 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah dan berjaya menghimpunkan pelbagai inovasi serta idea kreatif dari jabatan dan agensi seluruh negeri di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada 𝐊𝐮𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐇𝐢𝐣𝐚𝐢𝐲𝐲𝐚𝐡 𝐓𝐨𝐮𝐜𝐡 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐘𝐚𝐲𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮 yang telah berjaya merangkul dua anugerah utama pada majlis berprestij ini iaitu:
 
🏆 𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝟰 𝗕𝗶𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴
🏆 𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗥𝗲𝗿𝘂𝗮𝗶 𝗧𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸
 
Pencapaian ini membuktikan komitmen tinggi kumpulan dalam memperkasakan amalan inovasi serta usaha berterusan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua kumpulan inovasi untuk terus berkreativiti, berinovasi dan menyumbang kepada kecemerlangan perkhidmatan awam negeri Terengganu.
 
Tahniah sekali lagi, Hijaiyyah Touch!