Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐀𝐩𝐫𝐞𝐬𝐢𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐡 (𝐏𝐀𝐃𝐔) 𝐘𝐚𝐲𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮 pada 15 Jun 2026 (Isnin) bertempat di Dewan Al-Fateh Tingkat 4, Menara Yayasan Islam Terengganu sebagai tanda penghargaan kepada warga PADU atas komitmen dan sumbangan dalam memperkasakan agenda dakwah serta pembangunan ummah.
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada para pelatih atas kesungguhan, komitmen serta pencapaian sepanjang mengikuti program latihan di PADU. Majlis telah dirasmikan oleh 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳 𝐃𝐫. 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐥 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐇𝐚𝐝𝐢, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah 𝐃𝐚𝐭𝐨' 𝐇𝐚𝐝𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐇𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧 (Pengarah Yayasan Islam Terengganu) diiringi oleh pegawai-pegawai pengurusan tertinggi, 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐈𝐬𝐡𝐚𝐤 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐧𝐠, (Pengetua PADU), pegawai-pegawai serta kakitangan Yayasan Islam Terengganu.
Semoga para pelatih terus istiqamah menimba ilmu, memperkukuhkan sahsiah dan menjadi agen dakwah yang berperanan dalam membangunkan ummah serta masyarakat.

