Hebahan/Pengumuman
: Kenyataan Tawaran membekal barang-barang mentah dibuka  
MAJLIS KONVOKESYEN TADIKA YAYASAN ISLAM TERENGGANU CAWANGAN BANDAR 2026

18 November 2026 ( Rabu) - Alhamdulillah, Tadika Yayasan Islam Terengganu Cawangan Bandar telah mengadakan Majlis Konvokesyen bertempat di Dewan Utama, Tingkat 4, Menara Yayasan Islam Terengganu.

Majlis ini turut menyaksikan penyempurnaan acara perasmian oleh 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐄𝐳𝐫𝐢 @ 𝐀𝐬𝐫𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐛𝐝. 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐧, 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 (𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐬𝐚𝐧).

Majlis ini merupakan satu penghargaan terhadap usaha, kesungguhan dan pencapaian anak-anak sepanjang menimba ilmu di alam prasekolah. Semoga kejayaan yang diraikan pada hari ini menjadi titik permulaan kepada perjalanan pendidikan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua anak-anak yang diraikan. Semoga anak-anak terus membesar menjadi generasi yang berilmu, berakhlak mulia, beriman dan berjaya di dunia serta akhirat.

"𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐊𝐡𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐡"

 

Gambar-gambar