𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐎𝐍𝐕𝐎𝐊𝐄𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐓𝐀𝐃𝐈𝐊𝐀 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐑𝐈𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐎𝐊 𝐉𝐄𝐌𝐁𝐀𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔
2 November 2026 (Isnin) – Majlis Konvokesyen Tadika Yayasan Islam Terengganu Cawangan Kubang Parit dan Tok Jembal telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Al-Fateh, Tingkat 4, Menara Yayasan Islam Terengganu.
Majlis telah dirasmikan oleh 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐖𝐚𝐧 𝐀𝐢𝐝𝐢 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐭 𝐛𝐢𝐧 𝐖𝐚𝐧 𝐀𝐛. 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐧, 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧, 𝐘𝐚𝐲𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮.
Majlis ini merupakan satu penghargaan atas usaha, kesungguhan dan pencapaian anak-anak dalam menempuh alam pendidikan awal. Semoga kejayaan yang diraikan menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah ke hadapan, menimba ilmu dan membina masa depan yang cemerlang, berilmu serta berakhlak mulia.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua anak-anak yang diraikan, para guru serta ibu bapa atas komitmen dan sokongan yang diberikan dalam membentuk generasi masa hadapan yang berilmu, beriman dan bertakwa.
Semoga segala usaha murni ini mendapat keberkatan dan rahmat Allah SWT.
"𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐊𝐡𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐡"

