23 November 2026 (Isnin) - Alhamdulillah, dengan limpah izin dan rahmat Allah SWT, telah berlangsung Majlis Konvokesyen Tadika Yayasan Islam Terengganu Cawangan Permin Jaya yang penuh bermakna dan istimewa, bertempat di Dewan Utama, Tingkat 4, Menara Yayasan Islam Terengganu.
Majlis yang penuh bermakna ini telah disempurnakan perasmiannya oleh 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐅𝐚𝐮𝐳𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐌𝐮𝐝𝐚, 𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 (𝐊𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧).
Majlis ini bukan sekadar meraikan kejayaan anak-anak menamatkan alam prasekolah, malah menjadi simbol penghargaan terhadap segala usaha, kesungguhan dan perkembangan mereka sepanjang melalui proses pembelajaran. Setiap senyuman dan kejayaan yang diraikan pastinya menjadi kenangan indah buat anak-anak, ibu bapa serta para pendidik.
Semoga anak-anak terus bersinar sebagai generasi masa hadapan yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia.
"𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐊𝐡𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐡"

