Hebahan/Pengumuman
: Kenyataan Tawaran membekal barang-barang mentah dibuka  
MAJLIS KONVOKESYEN TADIKA YAYASAN ISLAM TERENGGANU CAWANGAN RHU RENDANG 2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐎𝐍𝐕𝐎𝐊𝐄𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐓𝐀𝐃𝐈𝐊𝐀 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐑𝐇𝐔 𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟔

5 November 2026 (Khamis) – Alhamdulillah, Majlis Konvokesyen Tadika Yayasan Islam Terengganu Cawangan Rhu Rendang telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Al-Fateh, Tingkat 4, Menara Yayasan Islam Terengganu.

Majlis penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐖𝐚𝐧 𝐀𝐢𝐝𝐢 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐭 𝐛𝐢𝐧 𝐖𝐚𝐧 𝐀𝐛. 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐧, 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐚𝐧𝐚𝐧 (𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧), 𝐘𝐚𝐲𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮.

Majlis ini diadakan bagi meraikan kejayaan dan pencapaian anak-anak didik yang telah menamatkan sesi pendidikan di peringkat tadika. Pastinya detik bersejarah ini menjadi kenangan indah buat para graduan, ibu bapa serta seluruh warga pendidik yang telah bersama-sama mencurahkan bakti dan usaha dalam mendidik anak-anak.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua anak-anak graduan. Semoga kejayaan ini menjadi langkah pertama menuju masa depan yang lebih gemilang serta terus membesar sebagai generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan berpegang teguh kepada ajaran Islam.

"𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐊𝐡𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐡"

 

Gambar-gambar