16 November 2026 (Isnin) - Alhamdulillah, Majlis Konvokesyen Tadika Yayasan Islam Terengganu Cawangan Wakaf Tembesu telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Al-Fateh, Tingkat 4, Menara Yayasan Islam Terengganu.
Majlis penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐄𝐳𝐫𝐢 @ 𝐀𝐬𝐫𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐛𝐝. 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐧, 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 (𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐬𝐚𝐧).
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua anak-anak yang diraikan atas kejayaan menamatkan alam prasekolah. Semoga pengalaman dan ilmu yang diperoleh menjadi bekalan berharga untuk melangkah ke alam persekolahan seterusnya dengan penuh keyakinan dan semangat.
"𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐊𝐡𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐡"

