Hebahan/Pengumuman
: Kenyataan Tawaran membekal barang-barang mentah dibuka  
MAJLIS RAMAH MESRA BAPA ANGKAT & JABATAN ANGKAT SUKMA 2026 YAYASAN ISLAM TERENGGANU

11 Ogos 2026 | Matahari Restaurant, Kuala Terengganu

Yayasan Islam Terengganu (YIT) terus menzahirkan komitmen dalam memberikan sokongan dan suntikan semangat kepada 𝐏𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐠𝐛𝐢 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮 yang bakal membawa cabaran negeri dalam 𝐒𝐔𝐊𝐌𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔.

Bertempat di Matahari Restaurant, Kuala Terengganu, telah berlangsung 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐬𝐫𝐚 𝐁𝐚𝐩𝐚 𝐀𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 & 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐒𝐔𝐊𝐌𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 bersama YIT dan Pasukan Ragbi Negeri Terengganu. YIT telah dipertanggungjawabkan sebagai 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐏𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐠𝐛𝐢 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮 bagi SUKMA 2026, sebagai tanda sokongan berterusan terhadap pembangunan dan kecemerlangan sukan negeri.

Majlis telah dirasmikan oleh 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐊𝐡𝐚𝐳𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐂𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐭, 𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐭𝐮𝐚 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢, 𝐀𝐃𝐔𝐍 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐤𝐢𝐫 selaku Bapa Angkat, dan turut dihadiri 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐙𝐮𝐫𝐚𝐢𝐝𝐚 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐝. 𝐍𝐨𝐫, 𝐀𝐃𝐔𝐍 𝐋𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩 𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐊𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐣𝐞𝐧 𝐒𝐔𝐊𝐌𝐀 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮, barisan pengurusan YIT, wakil Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Persatuan Ragbi Negeri Terengganu, pengurus pasukan, jurulatih serta 𝟐𝟔 𝐚𝐭𝐥𝐞𝐭 𝐫𝐚𝐠𝐛𝐢 𝐧𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 yang terdiri daripada 13 atlet lelaki dan 13 atlet perempuan.

Semoga jalinan kerjasama dan sokongan ini menjadi pemangkin kepada para atlet untuk terus berjuang dengan penuh semangat, disiplin dan keyakinan demi mengharumkan nama Terengganu Darul Iman di pentas SUKMA 2026.

 

Gambar-gambar