Hebahan/Pengumuman
: Maaf...tiada pengumuman buat masa ini. Terima Kasih
PEMANTAUAN & BENGKEL PEMBINAAN TAKWIM IQRA' PINTAR YAYASAN ISLAM TERENGGANU SEMPENA PROGRAM TUNAS ZAID IBN THABIT TADIKA JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA

Alhamdulillah, selesai Pemantauan & Bengkel Pembinaan Takwim Iqra' Pintar YIT Sempena Program Tunas Zaid Ibn Thabit Tadika Jabatan Agama Islam Melaka pada 12 hingga 13 Oktober 2026. Bengkel tersebut telah diadakan di Hotel Seri Malaysia, Melaka yang dihadiri seramai 77 barisan Guru Besar Tadika JAIM Dari 3 Daerah iaitu Jasin, Melaka Tengah & Alor Gajah. Pengisian Bengkel telah di sampaikan oleh Tn. Hj Wan Aidi Rahmat bin Wan Ab. Rahman ( Ketua Penolong Pengarah Kanan Pendidikan dan En. Mohd Rozaimi bin Mohd Rozak ( Penolong Pegawai Tadbir ) dari Unit Prasekolah Yayasan Islam Terengganu.

Program ini menggunapakai sepenuhnya Buku Iqra' Pintar keluaran YIT dalam mensasarkan khatam Iqra' bagi murid2 Tadika JAIM seawal umur 6 Tahun sebelum melangkah ke Tahun 1.

 

Gambar-gambar