13 Oktober 2026 (Selasa) | Dewan Al-Fateh, Tingkat 4, Menara Yayasan Islam Terengganu
Alhamdulillah, Program Khas Aku Kasih Malaysia yang melibatkan kakitangan Yayasan Islam Terengganu dan guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) telah selesai berlangsung pada hari ini, bertempat di Dewan Al-Fateh, Tingkat 4, Menara Yayasan Islam Terengganu.
Program ini turut dihadiri oleh Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Terengganu diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah (Khidmat Pengurusan) Yayasan Islam Terengganu.
Semoga program ini dapat meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kenegaraan serta menyemarakkan semangat Aku Kasih Malaysia dalam kalangan warga Yayasan Islam Terengganu dan guru-guru KAFA, selaras dengan peranan mereka dalam membentuk masyarakat yang berilmu, berakhlak dan mempunyai jati diri kebangsaan yang kukuh.

