Hebahan/Pengumuman
: Maaf...tiada pengumuman buat masa ini. Terima Kasih
PROGRAM MAHABBAH PERKAMPUNGAN DARUL BARAKAH
20 November 2025 - Program Mahabbah Perkampungan Darul Barakah telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari 2 malam pada 18 hingga 20 November 2025 yang melibatkan pegawai dan kakitangan Yayasan Islam Terengganu, kakitangan PDB, pelatih PDB dan keluarga pelatih PDB. Program kerohanian yang julung kali dilaksanakan ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah antara Yayasan Islam Terengganu dan Perkampungan Darul Barakah (PDB) dalam melahirkan pelatih-pelatih yang pulih dari penyalahgunaan dadah serta berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara.
 
 
𝐏𝐞𝐧𝐠𝐢𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚, 𝟏𝟖 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓.
 
1) Kuliah Subuh (Majlis Pengijazahan Zikir) yang disampaikan oleh Ustaz Haji Mohd Ezri @ Asri bin Abd. Rahman, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan Insan) YIT.
 
2) Slot 1 : Tazkiyah Nafs yang disampaikan oleh Dr. Haji Ahmad Fadluldin bin Mohamad, Timbalan Pengarah (Pembangunan Insan) YIT.
 
3) Slot 2 : Motivasi Kehidupan yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Aisar bin Hasin, Pembantu Hal Ehwal Islam YIT Daerah Hulu Terengganu.
 
 
𝐏𝐞𝐧𝐠𝐢𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚, 𝟏𝟗 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓.
 
1) Qiamulail dan Solat Subuh.
 
2) Perlawanan persahabatan sukaneka, tarik tali dan bola sepak antara kakitangan PDB dan YIT.
 
3) Slot 3 : Pengurusan Kewangan Pelatih PDB yang disampaikan oleh YM Engku Ahmadradhi bin YM Engku Abdillah @ Ubaidillah, Penolong Pengarah Kanan (Kewangan & Pelaburan) YIT.
 
4) Slot 4 : Motivasi Diri yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Bukhari bin Muhammad, Penolong Pengarah Kanan (Khidmat Masyrakat) YIT.
 
 
𝐏𝐞𝐧𝐠𝐢𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚, 𝟐𝟎 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓.
 
1) Solat Subuh dan Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Yusof bin Said, Penolong Pengarah Kanan (Dakwah) YIT.
 
2) Slot 5 : Forum / Diskusi Kekeluargaan yang disampaikan oleh Encik Mohd Fauzi bin Muda, Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) YIT.
 
 
Perasmian penutup oleh Yang Berhormat Ustaz Ridzuan Hashim, Adun Buluh Gading. Turut hadir bersama Yang Berbahagia Dato' Hadi bin Hassan, Pengarah YIT.