Hebahan/Pengumuman
: Kenyataan Tawaran membekal barang-barang mentah dibuka  
PROGRAM PELEPASAN PASUKAN RAGBI NEGERI TERENGGANU KE SUKMA XXII SELANGOR 2026

18 Ogos 2026 | Ar Riyadah Residence, Gong Badak, Kuala Nerus | 9.30 pagi

Yayasan Islam Terengganu (YIT) selaku Jabatan Angkat SUKMA XXII Selangor 2026 turut hadir dalam Program Pelepasan Pasukan Ragbi Negeri Terengganu sebagai tanda sokongan dan suntikan semangat kepada para atlet yang akan berjuang membawa nama Terengganu di pentas SUKMA.

Program dimulakan dengan amanat dan kata-kata semangat daripada 𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐠𝐛𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮, diikuti kata-kata semangat daripada 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 (𝐊𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧) 𝐘𝐈𝐓, 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐒𝐚𝐟𝐰𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 serta bacaan doa bagi memohon keberkatan, keselamatan dan kelancaran perjalanan pasukan.

Selamat berjuang buat seluruh pasukan Ragbi Negeri Terengganu. Semoga dikurniakan kejayaan dan bawa nama Terengganu dengan penuh kebanggaan.

 

Gambar-gambar