Hebahan/Pengumuman
: Kenyataan Tawaran membekal barang-barang mentah dibuka  
STRATEGIC OUTREACH LEMBAGA TABUNG HAJI (TH) BERSAMA KETUA JABATAN NEGERI TERENGGANU

๐‘บ๐‘ป๐‘น๐‘จ๐‘ป๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘ฐ๐‘ช ๐‘ถ๐‘ผ๐‘ป๐‘น๐‘ฌ๐‘จ๐‘ช๐‘ฏ ๐‹๐„๐Œ๐๐€๐†๐€ ๐“๐€๐๐”๐๐† ๐‡๐€๐‰๐ˆ (๐“๐‡) ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐”

21 September 2026 | Menara Yayasan Islam Terengganu

Alhamdulillah, Yayasan Islam Terengganu (YIT) telah menerima Kunjungan Hormat Pengurusan Lembaga TH Negeri Terengganu sempena ๐‘†๐‘ก๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ก๐‘’๐‘”๐‘–๐‘ ๐‘‚๐‘ข๐‘ก๐‘Ÿ๐‘’๐‘Ž๐‘โ„Ž Lembaga Tabung Haji Bersama Ketua Jabatan Negeri Terengganu.

Kunjungan ini merupakan salah satu inisiatif strategik dalam memperkukuh hubungan dan jaringan kerjasama antara YIT dan Lembaga TH, khususnya melalui perkongsian hala tuju, pertukaran pandangan serta penerokaan ruang dan peluang kerjasama yang berpotensi memberikan manfaat bersama.

Delegasi Pengurusan Lembaga Tabung Haji diketuai oleh Tuan Haji Khairoddin bin Ahmad (Pengarah Wilayah Timur) bersama Tuan Haji Ahmad Lutfi bin Mohd Safuan (Ketua Pemasaran Negeri Terengganu), Tuan Haji Mohd Fauzi bin Ishak (Pengurus Cawangan Kuala Terengganu) dan Puan Nor Ashikim binti Mad Deres (Eksekutif Pemasaran & Jualan).

Delegasi telah disambut oleh Datoโ€™ Hadi bin Hassan (Pengarah YIT) bersama Encik Mohd Fauzi bin Muda (Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan) serta YM Engku Ahmadradhi bin Engku Abdillah @ Ubaidillah (Penolong Pengarah Kanan Kewangan & Pelaburan).

YIT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Lembaga Tabung Haji atas kunjungan dan kesudian berkongsi pandangan serta aspirasi. Semoga jalinan strategik yang terjalin ini dapat diperkasakan secara berterusan dalam mendukung agenda pembangunan Islam, pengurusan ummah dan kesejahteraan masyarakat di Negeri Terengganu.

 

Gambar-gambar